Tuesday, September 28, 2010

isteri degil tanda suami gagal....

 *tertarik ngan artikel nii...saje je posting kat sini... buat renungan semua.....

Para pengunjung blog tentu pernah membaca entry Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai. Jika masih belum, elok baca dulu entry yang itu, sebelum menjamu selera mata ke entry kali ini. Seperti yang selalu saya katakan, suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. Kali ini saya kongsikan satu lagi artikel oleh Dr Hj Juanda Jaya, yang menyatakan perkara yang sama.

Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!

Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalkan kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya mencari keseronokan luar. Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan barunya iaitu membeli belah dan melawa mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.

Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.

Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.

Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.

Wajib menasihati

Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat algi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mengapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling berharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum memulaukan atau memukul tanpa mencederakannya.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud,
“Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka.”Sentuhan jiwa
Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?

Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.

Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Friday, September 24, 2010

open house raye kat opis tempat keje ku...

semalam ade open house hari raya kt opis ku... huuu ...meriah gak ... macam2 ada... aku apa lagi ambil kesempatan x ingat la bab makan makan ni..... sampai sedawa tengah malam pun terasa lagi lemang ngan rendang yg aku makan ... menu yg depa sediakan lemang ,rendang ,char kar tiaw.. pasembor penang..bihun sup ...mee rebus..satay ..kambing panggang taufu bakar nasi berani ish.. macam2 lagi laa...air pun macam2 jenis...sesuai lar sangat orang cam aku ni... makan sampai x lalu di buatnye... kat bawah ni aku letak skit pic open house semalam...


gambar stage kat belakang...tapi blur laa...ade kumpulan ghazal tengah mainkan lagu raye...

aku lee....kat sana ...


zam ngan aku ...



lagi pic  kawan tengah menjamu selera..


saje jer... posing tetap ade...hik hik...

Monday, September 6, 2010

Minda: Usah tambah hutang semata-mata nak raya

*aku terbaca dalam ruangan salah satu harian metro hari ni... aku saje copy kat sini sbb tertarik tuk wt renungan sempena nk raya ni...*

SUDAH hampir selesai Ramadan. Umat Islam yang benar-benar memahami erti puasa akan mengikut landasan sebenar berpuasa. Penceramah pun sering menasihati jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi gagal mengawal nafsu, puasa tidak akan ke mana-mana.Jadi, alangkah malang bagi sesetengah daripada kita yang seolah-olah mahu membayar balik nilai menahan lapar dan dahaga itu untuk berhabis atau membazir pada Aidilfitri. Ada antara kita yang sudah membeli perkakas untuk berhari raya sebelum puasa lagi. Alasannya tidak mahu membeli pada saat-saat akhir. Bagaimanapun sudah menjadi lumrah dan kelemahan kita, ramai sering terpengaruh dengan tawaran jualan murah, membeli ikut nafsu walaupun apa yang dibeli sudah ada, masih baru dan boleh diguna lagi. Masyarakat kita selalunya memegang prinsip hari raya setahun sekali, apa salahnya berhabis. Ada yang mengumpul wang berbulan-bulan lamanya untuk dihabiskan meraikan hari mulia itu. Tidak kurangnya menyediakan tabung khas hari raya sehingga mengetepikan tabung lain yang tidak kurang pentingnya seperti pendidikan anak-anak, sakit dan wang untuk bahan bacaan. Tidak keterlaluan dikatakan ada yang menyediakan beberapa pasang pakaian untuk diri sendiri mahupun anak-anak sempena hari raya. Oleh itu, pelbagai tema dapat dilihat sempena hari mulia itu.
Contohnya, hari raya pertama bertemakan merah, kedua (biru), ketiga (kelabu) dan bermacam-macam tema lagi. Orang kampung pun yang sebelum ini tidak pernah kenal dan tidak tahu menyebutnya pun sudah tahu apa itu tema. Maka tukang jahit bersengkang mata sehingga pagi untuk melengkapkan tema orang kita yang hendak berhari raya. Kemudian mereka berjaya mengaut keuntungan ribuan ringgit selepas memenuhi kehendak orang kita berhari raya sehingga kadangkala baju mereka tidak siap.Lebih memeritkan apabila menyentuh soal mereka yang menggunakan kad kredit. Golongan inilah yang dikatakan berbelanja sakan setiap kali menjelang perayaan. Baru-baru ini didedahkan tunggakan 10 juta pengguna kad kredit di negara kita mencecah RM24.4 bilion dan 38,357 individu antara 25 hingga 44 tahun diisytihar muflis gara-gara berbelanja mewah untuk memenuhi keperluan hidup. Satu lagi sikap orang kita ialah pada musim perayaan mereka menempah kereta baru untuk pulang ke kampung seolah-olah hari raya akan cacat jika menggunakan kereta lama. Inilah antara tabiat buruk orang kita. Ramadan mempunyai tiga fasa iaitu sepuluh hari pertama dikenali sebagai rahmat, sepuluh hari kedua keampunan dan sepuluh hari terakhir keselamatan daripada api neraka. Biasanya pada fasa pertama surau atau di masjid penuh hingga tiada ruang yang tinggal. Kemudian pada fasa kedua mula berkurang dan fasa ketiga terus lengang hanya tinggal imam dan jawatankuasanya saja. Ini kerana ramai antara kita sudah beralih ke pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai potongan harga dan pelbagai bentuk jualan yang mampu menarik jemaah surau dan masjid beralih arah. Sesetengah pusat beli-belah pula mengambil kesempatan membuka gedung perniagaan mereka sehingga tengah malam kerana mereka percaya, jika beroperasi 24 jam pun, akan ada yang datang membeli. Sesetengah bank pula memberi kemudahan pinjaman dengan harapan kita boleh beraya dengan sempurna. Biasanya kita yang tidak pernah puas dengan apa yang ada akan menerima tawaran tersebut kemudian membayarnya balik selepas raya dengan cara potongan gaji. Kadang-kadang kita risau melihat tabiat orang kita berbelanja terutama pada musim perayaan. Bermula dengan penyediaan mahupun membeli juadah untuk berbuka sampailah kepada persiapan raya, bukan sedikit wang yang dikeluarkan. Yang jelas, Ramadan bukan bulan untuk berjimat. Saranan pelbagai pihak supaya kita berjimat hanyalah di atas kertas saja kerana hakikatnya kita terpaksa memikul beban terutamanya selepas hari raya nanti, ada yang hutang keliling pinggang, sampai berbulan-bulan lamanya hendak dilangsaikan. Dalam soal ini, yang selamat ialah mereka yang mengamalkan sikap sederhana dalam soal perbelanjaan. Mereka yang berfikir sebelum membeli sesuatu keperluan adalah golongan yang mampu menyelamatkan kewangan keluarga mereka.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

hati ku berkobar kobar nk beraya ni...... menghitung ari je wei....


sebelum aku menulis panjang...aku nak mengucapkan selamat ari raya aidilfitri tuk smua orang umat islam di dunia ni...huhuhu...maaf zahir dan batin dan semoga kita beraya dalam keadaan bahagia dan di rahmati allah s.w.t.....skarang aku nk cite ape yang bermain dipkiran ku selama seminggu dua ni kt korang... aku ingatkan aku sorang  jer yg xcited nk blik kampung ruper2nye sama naik ngan adik aku si rohani tu..apa yang berlegar dikepalanye sama gak ngan aku cuma x minat ngan nasik impit jer... dok menghitung hari jer kje aku kt sini..nama jer duk kt tempat kje tapi ati da lama sampai kat ipoh....huhuhuhu... otak ni pkir nk makan macam2 laa ...kuih raya aduh x leh tinggal setiap umah aku beraya mesti  aku makan punya....pastu baru layan benda lain....oh..lemang tahun ni abah ade buat ...uu leh makan puas2 t.. malam raya da leh rase... kali ni masak rendang ayam n daging...meleleh ayo liur aku ... maklum ler tengah berbadan dua nafsu makan tu pun 2x ganda laa.... hahahaha.... insyaallah kami balik ari rabu ni...  tunggu kepulangan kami yekr....

Tuesday, August 24, 2010

mulut nurin niiii...memang x ble blah....


memang muka selambe...

smlm adalah last day aku bercuti kt kampung.....jdik berat2 la asenye nk balik k.l....bertambah berat pabila anak ku yang kedua ni menahan nahan aku supaya jangan balik...mama x payah balik keje ngan abah kt sana laaa...adik x ske ...adik nak mama kje mcm dulu2...katenye kat aku....bermacam macam alasan lar aku beri... setiap alasan yg aku bagi semua di balasnye dengan..alahhh,,alahh,,alahh  dan bermacam macam jugak la ayat yg ditujukan kat aku supaya jgn balik k.l...siap berbaur ugutan pun ade mama x sayang adik ker...... aku pun cuba nak ambik ati die sblm balik dengan menyuruh adik ku mengajarnye bermain easy games di komputer....bukan tau main pun tapi seronok sgt dpt pegang komputer tu....ikutkan slama ni mane penah aku bagi depa sentuh komputer tu takut terbiasa pandai2 bukak sendiri bile aku xde...tapi kali ni nak pujuk punya pasal bagi laa kejap...nk jdik kan cerita tengah2 adik aku ajar tetiba system shutdown...aku pun cakap sat lagi  sambung la adik... nak x nak je terima ape yg aku cakap ,tapi terpaksa la jugak terima sbb aku  x bagi  da lame sgt on nyer...  oleh kerana janji sambung sat lagi ,setiap masa dia klim swuh bukak komputer tu tapi x dilayan ..lepas berbuka smlm aku pun bersiap laa nk balik k.l...sementara nk tunggu suamiku bersiap jugak, nurin ni memerap la kat aku menahan jangan balik ke k.l .. cukup ngan muka sedih nk nangis n peluk2 sayang sangat sangat konon kat aku bagaikan x mau melepas kan sangat la aku ni balik kolumpo tu...tapi di waktu yg sama die teringat kan pulak pasal nk men komputer tadi ,dimintanye aku bukak kan komputer tu waktu tu jugak ,, adik aku yg kebetulan ade gak kt situ  sempat memujuk sambil berkata... karang laa lepas mama ngan abah balik ke k.l...adik x sayang mama ker...yang nurin pun alahh...alahh..itu je jawabnye...   tetiba adik aku cakap kat nurin cm gini...nurin kalau nk men komputer p la swuh mama balik sekarang...  terus tanpa segan silu nurin cakap kat aku..mama bila mama nak balik ni....adik aku gelak giler2 mendengornye..aku jawab amboit...tadi beria x bagi mama balik...ni x sayang mama la nih yer...pastu die jawab ngn muke2nye yang x ble blah tu..kalau mama x balik adik x boleh main komputer...ala karang kan boleh aku balas..die jawap karang lame sangat nk tunggu...sabo jer la ....aku cakap ler tunggu la abah siap dlu ...x lama da lagi mama nak balik lar ni..skali die ajar aku pulak...mama balik ler dulu lepas tu jumpa abah kat k.l...dalam ati aku melampo betoi nurin ni abah dier tgh siap bukan lamer pun.. ni sampai gitu skali die pkir...mmg mulut nurin ni x ble blah..... waktu aku nk bertolak pun abg die je kt tingkap bye2..die da masuk bilik standby depan pc dok nunggu adik aku bukak kan komputer....sabooo je leee....

Friday, August 13, 2010

jatuh di timpa tangga betul aku ari ni....

perjalan aku sahur sampaikan nk bersiap pergi keje smua berjalan lancar...ari ni pula jumaat lepas keja plan nk balik ipoh smua persiapan da di buat malam tadi lagi......tapi  di sini la bermula la perjalanan ku tidak selancar yg aku plan kan... seperti biasa aku panaskan enjin kereta sebelum bergerak...bile kire da ok aku pun mulakan perjalanan...sehingga la simpang aku nk kuar dari blok umah aku aku dapati brek kete x makan...huhuhu...ngan paniknye aku terus angkat handbrek..naseb baik x jadik aper2..pe lagi patah balik umah la...nasib baik suami ku keje petang ... bile die cek rpernye minyak brek bocor...huk alooo...kronik rupernyer..alaa..cmner ni nak p keje ni...jam pun da tunjuk kul 7.20 pagi ..kire da lewat ni hati duk berkata kata..suami pun try contact kawan die kalau de kete lebih... tengok x angkat hpon.. die pun swuh la aku e.l je ari tu... dalam tu jugak kawan yg die call tdi kuar dari rumah,kawan tu jiran selang brapa umah je..kje dia lebih kurang jual kete terpakai.....   pelagi die swuh aku nek satu kete ni .... walaupun ase lega skit tapi susah ati sbb x paham kete yg die bagi pakai tu cmner peel nye plak.... info yg aku tau cuma pintu x leh bukak ikut depan kena bukak pintu blakang dlu..minyak kena isi sbb dah merah .itu aje la kononnye yg di beritahu oleh suami aku kt aku... lagi satu die pesan enjin pick up kuat skit..jdi jaga2 la...  aku pun bawak le kete ni... jenuh nk men balance biasa la kete x penah bawak....tetiba di satu selekoh aku coner le..dan tetiba pintu kete tu terbuka apalagi aku berenti lar emergency tepi jalan..aku tarik pintu nak tutup la semula x boleh di macam  selak kete tu sangkut... ape lagi aku try banyak kali n last skali aku tarik kuat2 n buat main lock baru boleh... minyak kete skit pulak tu badan duk lenjun ngan peluh gabra nye pasal terpaksa la bukak tingkap ..alahai leh bukak 4 inci je besonye... sampai kt tol aku terpaksa masuk lane tiket sbb nk isi minyak selepas tol jalan duta...nak bukak tingkap x leh besar konon nk bukak pintu la..adoi pintu x leh bukak la pulak walaupun aku try banyak kali...nak nangis asenye...budak tol tu bengang jer kt aku dah le depa terkuarkan tiket,pastu aku unjuk kad TNG kuar jari jer....dah aku x kire da...bile aku masuk shell aku try nk bukak pintu x leh jugak ,.... akhir sekali aku kuar belah pintu sebelah sana..da kuar lupe pulak nk  tarik pin pintu tuk minyak kete pulak..dalam ati ni nak kuar masuk berapa kali tertonggeng tonggeng ni... wat selambe aku panggil mat bangla yg tengah susun tisu ..aku pun citer la..aku swuh die tolong isikan manakala aku pun merangkak lar semula masuk dlm kete duduk blik dlm kete...dah selesai aku teruskan perjalanan...sesampai je area damansara jem laa pulak ...uii banyaknye kete...rpernye ade axcident kat seafield..motivasi tahap tinggi kat diri ni waktu tu...sabar2 dok mujuk ati ni... aku pun dok bawak le kete tu..tapi .tetiba kete mati sbb salah masuk gear 5..lembut sgt...kelam kabut le nk bagi idup blik..bile da idup x leh nak jalan le plak sbb tombol gear tercabut...ADOIIIII....nasib baik tombol nye je yg tercabut batang nye  x tercabut..korang bayangkan lar.......kete dok nunggu kt belakang ni...peluh da macam air paip...batang pun batang la janji le jalan... sampaikat tol subang cm tdi aku unjuk kad ngan jari jer...nk wt cmner...kalau ler depa tau masalah aku boleh paham kot...selepas tol ,bile aku nak corner ke plaza tol subang tiba2 pintu tu bukak sendiri lagi sekali...terkejut aku lagi sekali di buatnye... eeee...ikut kan ati nk aje aku berenti tepi jalan n nangis kuat2 sorang diri.... tapi jenuh aku memujuk ati ni sementara nk sampai koje...akhir skali sampai jugak aku kt persada tu .... 8.20 pagi aduhhh...8.30 aku masuk kje akhirnye....kini aku pusing kepala lagi ngenangkan nk balik kul 4.30 ptg sat lagi cmner lar agaknyer..bayangkan la bermacam macam yg aku tempuh sementara nk sampai koje..  aku harap benda ni first n last jer jadi cm ni... terbayang bayang gak tadi dlm perjalanan kalau ler jadi aper2.. dugaan...dugaan.....  apa2 hal pun aku bersyukur kerana selamat sampai ke tempat kje......macam2....bukan lagi di timpa tanggan aku ase ngan banggunan2 skali.....huhuhuhuhu...

Thursday, August 12, 2010

nombor staff ku bertukar lagi....

ini kali ketiga no staff ku bertukar....dulu mula2 masuk kerja aku diberi dgn no staff 50104 selama 2 stgh tahun aku pakai no ni akhirnye ditukarkan kepada no staff  14510  disebabkan aku mendapat jawatan tetap di syarikatku berkerja....no staff 14510 ni dah  nek sebati ngan aku kerana no ni agak lama aku gunakan lebih kurang 9thn lamanye.... kini yang terbaru ari ni aku di maklumkan kena tukar lagi sekali no staff kerana aku sudah tidak berkerja lagi di bahagian operasi..kini setelah masuk bahagian hq no staff baru ku ialah 40609... walaupun sekadar no staff biasa tapi ia agak bermakna bagiku kerana disebaliknye mempunyai kenangan yg dibawa.....